AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah di Selangor hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 26 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh daerah di Selangor hingga 12 tengah hari ini.

Daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selain beberapa kawasan di Perak, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 


Pengarang :