Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL, Putrajaya hingga 5 petang

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Melaka, Johor dan beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :