Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bukit Lanjan, Sungai Ramal antara tiga lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 26 SEPT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi esok.

Program yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung di Masjid Al-Fitrah, Kampung Banting (Sungai Air Tawar), Dewan Komuniti Damansara Damai (Bukit Lanjan) dan Jalan Bangi Permai, Pekan Bangi (Sungai Ramal).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

 

 


Pengarang :