Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
SELANGOR

Empat daerah di Selangor, KL diramal ribut petir hingga 7 malam

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat daerah di Selangor sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat selain seluruh Kuala Lumpur.

Cuaca sama dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :