Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat setakat 6 petang

SHAH ALAM, 15 SEPT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda enam daerah di Selangor sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah itu adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :