AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa lima daerah di Selangor hingga 11 malam

SHAH ALAM, 5 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat di Selangor hingga 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :