SHAH ALAM, 22 SEPT: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bersama Pasaraya Segi Fresh akan berada di empat lokasi esok.
PKPS memaklumkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) akan diadakan di cawangan pasar raya itu di Bandar Tasik Puteri, Sungai Besar, Gombak dan Antara Gapi.
“Kami bekerjasama bagi meringankan beban komuniti setempat terutamanya golongan B40 untuk menikmati barangan keperluan asas pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Jangan lepaskan promosi istimewa ini,” katanya menerusi Facebook.
Pada Julai, PKPS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.
Pasar raya itu dilantik menjadi rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis rangkaian Segi Fresh di seluruh Selangor.