Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan Ehsan Rahmah di empat pasar raya Segi Fresh esok

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) bersama pasar raya Segi Fresh akan diteruskan di empat lokasi esok.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu diadakan di cawangan Segi Fresh Sungai Udang, Kuala Kubu Bharu, Pulau Indah serta Telok Panglima Garang.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti.

“Kami bekerjasama dengan PKPS dalam memberikan manfaat kepada memerlukan terutama berpendapatan rendah yang terkesan kenaikan kos sara hidup,” kata Segi Fresh menerusi Facebook.

Pada Julai, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :