–buat Yang Berkhidmat
Orang baik-baik
selalunya
dijemput seemingly
sebelum
waktu-Nya
dibuka pintu
ke daerah abadi
berlibur, bernafas lega
meninggal
kata dan cerita
yang baik-baik
While
the rest of us
bergelumang
dalam penjara
bertukang rumah
mengetuk, diketuk kepala
menunggu dibuka
pintu
kita pulang.
Aizuddin H. Anuar