AGENDANASIONAL

KL, tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 19 SEPT: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook memaklumkan daerah tersebut ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 

 


Pengarang :