KUALA LANGAT, 2 SEPT: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Fit Malaysia Selangor 2023 di Gamuda Cove Central Park di sini, pagi ini.
Pelaksanaan Fit Malaysia Selangor 2023 melibatkan beberapa aktiviti utama iaitu fun walk, larian lima kilometer, trail ride, senam robik, cabaran lompat tali selain 14 aktiviti kecergasan berbentuk pertandingan.
Turut diadakan pameran interaktif berkonsepkan kecergasan dan kesihatan.
Amirudin ketika menyampaikan ucapan perasmian berkata program seumpama ini dapat menyemarak semangat perpaduan dalam kalangan rakyat selain memupuk gaya hidup sihat.
“Program seumpama ini penting dalam mewujudkan komuniti sihat dan kuat.
“Dalam keadaan teknologi serba moden penggunaan gajet yang meluas penjagaan kesihatan penting kerana sistem biologi kita tetap memerlukan pergerakan untuk hidup sihat,” katanya.