Pelumba Red Bull Max Verstappen menjulang trofi di podium selepas memenangi Grand Prix Itali pada 3 September 2023. Foto REUTERS
AGENDASUKANKINI

Menang 10 kali berturut-turut, pelumba Red Bull pecah rekod F1

ISTANBUL, 4 SEPT: Pelumba Red Bull, Max Verstappen mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut dalam perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kejayaan di Grand Prix (GP) Itali pada Ahad, memecahkan rekod dikongsi bersama Sebastian Vettel dari Jerman.

Menurut Agensi Anadolu, pemandu Belanda itu memenangi perlumbaan 53 pusingan di Autodromo Nazionale Monza di hadapan rakan sepasukannya Sergio Perez dan pemenang tempat ketiga Carlos Sainz dari Ferrari.

Verstappen yang berusia 25 tahun menyamai rekod Vettel pada 2013 apabila melakar sembilan kemenangan berturut-turut di Grand Prix Belanda pada hujung minggu lalu.

Pada Mei, F1 membatalkan Grand Prix Emilia Romagna, perlumbaan keenam musim ini, kerana banjir di utara Itali.

Pusingan seterusnya F1 pada musim 2023 akan diadakan di Singapura pada 17 September.

-BERNAMA-ANADOLU


Pengarang :