Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail bersama Yang Dipertua MPAJ Dr Ani meninjau sekitar kebun komuniti ketika program gotong-royong perdana sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia peringkat MPAJ di Taman Bukit Indah Fasa 2, Ampang Jaya pada 23 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Parlimen Ampang laksana program tanam pokok, sokong agenda sifar karbon

AMPANG JAYA, 23 SEPT: Inisiatif penanaman pokok peringkat Parlimen Ampang bermula Oktober ini seiring agenda Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050.

Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata buat permulaan pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bersetuju menyumbang 100,000 pokok.

“Kita sudah bincang dengan TNB yang sudi sumbangkan 100,000 pokok untuk kita tanam dengan cara yang teratur.

“Program penanaman 100,000 pokok ini saya telah rangka dan kita akan mula tanam sempena Hari Sungai  Sedunia dijangka Oktober ini,” katanya ketika berucap merasmikan program gotong-royong perdana sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia 2023 di Taman Bukit Indah Fasa 2, Ampang Jaya hari ini.

Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail bergambar bersama Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad dan peserta sebelum program gotong-royong perdana sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia peringkat MPAJ di Taman Bukit Indah Fasa 2, Ampang Jaya pada 23 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau berkata pihaknya juga bersedia memperuntukkan sejumlah RM3,000 hingga RM5,000 kepada persatuan penduduk atau badan pengurusan bersama (JMB) bagi usaha keceriaan kawasan perumahan masing-masing.

“Saya akan beri peruntukan untuk keceriaaan sama ada kita tanam lebih pokok dan sebagainya. Selain itu boleh juga dilaksanakan program mengindahkan lorong belakang rumah dengan tanaman sayur-sayuran.

“Kita bukan sahaja perlu indahkan depan rumah. Sepatutnya lorong belakang rumah juga jadi tempat yang menarik untuk interaksi dengan komuniti,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail bersama Yang Dipertua MPAJ Dr Ani meninjau taman belakang rumah penduduk ketika program gotong-royong perdana sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia peringkat MPAJ di Taman Bukit Indah Fasa 2, Ampang Jaya pada 23 September 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :