Skuad bawah 20 tahun Selangor FC mara ke separuh akhir Piala Presiden selepas menewaskan Sri Pahang FC dalam perlawanan di Stadium UM Arena pada 4 September 2023. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Piala Presiden: Selangor mara separuh akhir, bakal melawan Negeri Sembilan

SHAH ALAM, 5 SEPT: Skuad Selangor FC bawah 20 tahun mara ke separuh akhir Piala Presiden 2023 selepas menewaskan Sri Pahang FC menerusi penentuan penalti 4-1 semalam.

Pada aksi di Stadium UM Arena itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan secara agregat sebelum perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Skuad bimbingan Firdaus Tan dijadual menentang pasukan Negeri Sembilan dalam aksi timbal balik pada 11 dan 18 September ini untuk memburu slot akhir Piala Presiden.

Selangor FC akan memulakan saingan separuh akhir pertama di Stadium UM Arena dan akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi untuk aksi perlawanan kedua.


Pengarang :