Foto Facebook PKNS
AGENSISELANGOR

PKNS pelawa peniaga sertai ekspo, luaskan pasaran barang jualan

SHAH ALAM, 3 SEPT : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempelawa peniaga menyertai Ekspo Usahawan Selangor 2023 (SELBIZ 2023) yang akan diadakan pada 6 hingga 8 Oktober ini.

Agensi itu memaklumkan sebanyak 200 reruai akan disediakan kepada usahawan atau pempaper yang menyertai ekspo di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam di sini.

“Kami sedang mencari usahawan pempamer yang berminat untuk menyertai Ekspo SELBIZ 2023 dengan yuran RM2,000 dikenakan kepada ahli PKNS Bizclub dan RM2,500 (bukan ahli).

“Jika anda berminat untuk menyertai sebahagian dari pempamer SELBIZ 2023, boleh layari https://bit.ly/daftarpempamer,” maklum PKNS menerusi Facebook.

PKNS mengalu-alukan usahawan di dalam bidang makanan, minuman, fesyen, aksesori, peruncitan, perkhidmatan, kosmetik, teknologi, pakaian terpakai, dekorasi dan barangan bayi untuk sertai ekspo ini.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan selama tiga hari ekspo itu berlangsung antaranya klinik usahawan Selangor, fiesta kopi, cabutan bertuah dan SELBIZ Run 2023.

Turut ditampilkan persembahan beberapa artis popular antaranya Tomok, Ernie Zakri, Amir Masdi, Floor 88 dan Ara Johari.

Untuk sebarang pertanyaaan atau maklumat lanjut berhubung ekspo itu boleh menghubungi Izzati Nadia 017- 419 9400 atau Nur Sabrina 011-2858 3903.


Pengarang :