Keratan video menunjukkan naik taraf bekalan air yang tular di WhatsApp baru-baru ini adalah terbitan lama SelangorTV pada 2021. Foto Facebook Media Selangor
AGENDANASIONAL

Rakaman tular naik taraf bekalan air terbit 2021

SHAH ALAM, 12 SEPT: Video berkenaan operasi naik taraf bekalan air yang tular di kumpulan WhatsApp baru-baru ini merupakan video lama terbitan SelangorTV pada 2021.

SelangorTV yang beroperasi bawah Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) mengesahkan perkara tersebut di Facebook malam tadi selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

Syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu turut meminta orang ramai untuk menyemak maklumat rasmi operasi bekalan air di platform @air_selangor dan MSSB.

“Pihak Media Selangor turut menyeru agar semua pihak menyemak terlebih dahulu sebarang fakta sebelum disebar,” menurut syarikat berkenaan dalam kenyataan ringkas.

Video yang disiarkan di TikTok dua tahun lalu meminta penduduk Selangor membuat persediaan awal berikutan operasi bekalan air dijalankan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.


Pengarang :