Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ribut petir diramal landa KL, tujuh daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 14 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda tujuh daerah di Selangor hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah itu ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda Kuala Lumpur, Putrajaya serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :