Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berselawat pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tengku Amir Shah sertai sambutan Maulidur Rasul, lancar MyRadha’ah secara dalam talian

SHAH ALAM, 28 SEPT: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Baginda diiringi Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah serta kepimpinan pentadbiran negeri.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan gimik pelancaran sistem My Radha’ah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Majlis disertai kira-kira 500 orang awam itu dimulakan dengan persembahan berzanji dan selawat dari kumpulan nasyid masjid negeri diikuti ceramah disampaikan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

Dalam majlis berkenaan Tengku Amir Shah turut menyempurnakan gimik pelancaran Sistem MyRadha’ah secara dalam talian yang dibangunkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mengenal pasti identiti saudara susuan.

Ali XPDC menyanyikan lagu ketuhanan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pada November 2018, sistem perkhidmatan pertama dalam negara itu dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sekali gus menjadikan Jais sebagai rujukan pelbagai pihak.

Bagi memastikan keabsahan perkhidmatan, Jais melantik 11 pakar perunding berperanan membantu memberikan khidmat nasihat berkaitan radhaáh.


Pengarang :