AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yayasan Selangor anjur pertandingan video pendek, tawar hadiah terkumpul RM2,000

SHAH ALAM, 2 SEPT: Hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM2,000 menanti pemenang pertandingan video pendek anjuran Yayasan Selangor.

Agensi itu memaklumkan penyertaan terbuka kepada murid tajaannya bermula 1 hingga 14 September sempena sambutan Hari Malaysia.

Pertandingan menawarkan hadiah tempat pertama berjumlah RM700, kedua (RM500), ketiga (RM300) dan lima hadiah saguhati bernilai RM100 setiap satu.

“Layari laman sesawang rasmi Yayasan Selangor atau pautan https://forms.office.com/r/6xfJHjtag5 untuk pendaftaran dan borang penyertaan.

“Ayuh tunjukkan semangat patriotisme anda demi Malaysia tercinta,” katanya di Facebook.

Yayasan Selangor memaklumkan penyertaan adalah percuma dan secara perseorangan atau berkumpulan terdiri daripada empat orang.

“Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk video pendek sama ada lakonan, dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.

“Ia mestilah bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Kelebihan dan keutamaan pemenang diberi sekiranya berkait dengan Yayasan Selangor,” katanya.


Pengarang :