EXCOSELANGOR

500 pelajar B40 Parlimen Bangi berpeluang mohon bantuan sekolah RM100

SHAH ALAM, 27 OKT: Seramai 500 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) di Parlimen Bangi berpeluang memohon bantuan persekolahan.

Ahli Parlimennya Syahredzan Johan berkata permohonan bantuan RM100 yang terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah kini boleh dilakukan menerusi pautan bit.ly/persekolahanBangi

“Syarat kelayakan lain termasuk dari keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah bawah RM4,850 selain ibu bapa merupakan pemastautin dan pengundi di Parlimen Bangi.

“Selain itu maksimum hanya dua permohonan daripada satu isi rumah yang sama dengan menyertakan dokumen sokongan berkaitan,” katanya di Facebook.

Syahredzan berkata pemohon yang berjaya menerima bantuan sekali bayar itu akan dihubungi pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi.


Pengarang :