AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah di Selangor hingga 6 petang

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 18 OKT: Tujuh daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah itu adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :