AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM,  31 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor serta Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

Agensi itu mengeluarkan amaran sama melibatkan Putrajaya, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Pengarang :