Orang ramai membeli keropok lekor pada program Karnival Usahawan Selangor (Kawan) 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dana RM100 juta untuk geran pendigitalan, manfaat lebih 20,000 usahawan

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerajaan memperuntuk RM100 juta bagi menyediakan geran pendigitalan sehingga RM5,000 yang bakal memanfaatkan lebih 20,000 usahawan.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu diambil bagi mendorong usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) beralih kepada model perniagaan automasi dan pendigitalan.

“Geran ini boleh digunakan untuk menaik taraf sistem jualan, inventori dan perakaunan digital. Bank Negara Malaysia menyediakan dana pinjaman berjumlah RM900 juta untuk syarikat pengusaha kecil dan sederhana meningkatkan produktivi perniagaan automasi dan pendigitalan.

“RM40 juta disediakan menerusi Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Belanjawan 2024.

Peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap Dewan Undangan Negeri juga akan terus diperkasa untuk menyokong pengusaha kecil menjual produk secara dalam talian dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM25 juta.

 


Pengarang :