AGENDANASIONAL

Dua rakan maut terkena renjatan elektrik semasa kerja di gerai burger

IPOH, 15 OKT: Dua rakan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja di gerai burger di Taman Bercham Jaya, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan berkata polis menerima panggilan pada pukul 1.15 pagi mengenai seorang remaja berumur 14 tahun dan seorang lelaki berumur 30 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di tepi sebuah gerai burger.

“Kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Hasil siasatan lanjut mendapati mereka merupakan pekerja gerai berkenaan, dan dipercayai terkena renjatan elektrik semasa bekerja di gerai,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan kedua-dua mayat telah dihantar ke HRPB untuk bedah siasat.

– BERNAMA


Pengarang :