Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan Baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada penerima ketika Program Gotong-Royong di Dewan Indian Settelment Batu Caves, Gombak pada 16 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Meru agih baucar beli-belah, hantar ke rumah bagi penerima tidak sihat

KLANG, 11 OKT: Baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru mula diagihkan kepada penerima, kata wakil rakyatnya.

Mariam Abdul Rashid berkata agihan baucar beli-belah bernilai RM150 itu diberikan kepada penerima yang lahir April hingga September.

“Kita menerima banyak permohonan dan keutamaan diberikan kepada pemohon baharu yang tidak pernah mendapatnya. Bagi penerima yang kurang sihat atau terlantar, kita hantar ke rumah masing-masing.

Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid ditemui ketika meninjau perjalanan Jualan Ehsan Rahmah peringkat Dewan Undangan Negeri Meru di Jalan Sungai Kapar Indah 3, Klang pada 11 Oktober 2023. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI

“Selain itu, bagi memudahkan permohonan kita juga membuka kaunter dalam program berkaitan seperti Jualan Ehsan Rahmah untuk membantu jika terdapat masalah termasuk mengisi borang,” katanya kepada SelangorKini.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas berusia 60 tahun ke atas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar hadiah hari jadi serta khairat kematian.

Bermula tahun ini, nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini dan jumlah sama turut diberi kepada peserta Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) melibatkan peruntukan RM37.5 juta.

Had kelayakan pendapatan isi rumah penerima baucar Jom Shopping juga ditingkatkan dari RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.


Pengarang :