Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah di Jualan Ehsan Rahmah DUN Bandar Baru Klang di Surau Al Falah, Klang pada 24 Ogos 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah diteruskan ke DUN Morib, Lembah Jaya, Sungai Panjang esok

SHAH ALAM, 11 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lagi lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program dijadual berlangsung Masjid Diraja Sultan Alaeddin, Kampung Bandar (DUN Morib), Dewan Dato Muhd Fauzi (DUN Sungai Panjang) dan Dewan Taman Sri Raya (DUN Lembah Jaya).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :