Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat subuh di Masjid Nurul Ehsan, Jalan PJS 2, Petaling Jaya pada 12 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Elaun bulanan imam naik kepada RM1,500 mulai 25 Oktober

SHAH ALAM, 4 OKT: Bayaran kepada 760 imam negeri ini ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 sebulan mulai 25 Oktober, yang akan diselaraskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

“Secara keseluruhan, pemberian insentif ini merupakan penambahan RM2.964 juta dan akan diperuntuk secara tahunan sebagai ikhtiar Kerajaan Negeri dalam menggerakkan syiar Islam,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media khas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berdasarkan ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Amirudin menambah pentadbiran negeri mengambil pendirian untuk melaksanakan keputusan itu kepada pegawai masjid sebagai tanda penghargaan melalui gaji progresif.

Pada 23 Ogos, beliau menyatakan komitemen Kerajaan Perpaduan di Selangor untuk terus melaksanakan
manifestonya dalam tempoh 100 hari dengan mengutamakan lima tawaran penting.

Selain menaikkan elaun pentadbir masjid, turut diumumkan ialah pengecualian cukai taksiran bagi 426,656 rumah kos rendah dan kampung selain insentif khas kepada 500 pesawah dan nelayan.

 

 


Pengarang :