Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 29 OKT: Hujan lebat dan ribut petir diramal melanda di empat daerah Selangor sehingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak dan beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir yang dikeluarkan sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :