Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat sehingga 9 malam

SHAH ALAM, 8 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda seluruh Perlis dan Perak.

Beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah juga dijangka mengalami cuaca sama.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :