AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa seluruh Selangor, KL hingga 4 petang

SHAH ALAM,  21 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur hingga 4 petang ini.

Agensi mengeluarkan amaran sama melibatkan Putrajaya serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

 


Pengarang :