AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa Hulu Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 13 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda daerah Hulu Selangor hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :