Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 12 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda daerah Hulu Selangor hingga 5 petang ini menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di seluruh Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :