AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 19 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda daerah Hulu Selangor dan Gombak hingga 5 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Perlis, Pulau Pinang, Perak serta beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :