Keadaan jerebu di Kuala Lumpur merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi setakat 8 pagi tadi. Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Nilai dan Shah Alam. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jerebu: IPU Banting, PJ kekal tidak sihat setakat tengah hari

SHAH ALAM, 2 OKT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Selangor kekal tidak sihat setakat 12 tengah hari, lapor Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims).

Menurut laman web berkenaan, kawasan tersebut ialah Shah Alam dan Banting, masing-masing mencatatkan IPU 156, Petaling Jaya (155), Johan Setia (151) dan Klang (134).

Turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Putrajaya (155) dan dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (151) dan Cheras (163).

Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan IPU 163, manakala Seremban (157). Dua lokasi di Melaka turut terjejas iaitu di Bukit Rambai (151) dan Alor Gajah (133).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk pautan https://apims.doe.gov.my/home.html untuk mengetahui IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini berikutan kemarau lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.

Bacaan IPU di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat 12 tengah hari pada 2 Oktober 2023. Foto laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims)

 

 


Pengarang :