AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Karnival kerjaya khas untuk OKU di IDCC Shah Alam 31 Oktober

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 OKT: Peluang kerjaya untuk orang kurang upaya (OKU) ditawarkan menerusi karnival kerjaya khas pada 31 Oktober ini, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan Mini Karnival Kerjaya OKU dengan kerjasasama Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diadakan di Pusat ANIS, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Calon diwajibkan membuat pra pendaftaran melalui imbasan kod QR yang terdapat pada poster sebelum menghadiri sesi temu duga. Dokumen peribadi seperti resume dan sijil pencapaian serta pembabitan (jika ada) perlu dibawa.

“Temu duga ini terbuka untuk golongan OKU berusia 18 hingga 30 tahun bagi kategori pembelajaran sahaja.,” maklumnya di Facebook

 


Pengarang :