Sekitar Kejohanan Sukan Badan Berkanun (Sukanun) 2023 pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi acara catur yang berlangsung di Podium, UiTM Perlis pada 5 September 2023. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Kejohanan catur terbuka MBSA tawar wang tunai lebih RM20,000

SHAH ALAM, 2 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM20,570 dalam Kejohanan Catur Terbuka Shah Alam 2023 pada 21 Oktober ini.

Bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, dua kategori dipertandingkan iaitu mereka berumur 17 tahun ke bawah dengan yuran penyertaan RM30.

Manakala kategori terbuka, veteran, institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pula dengan bayaran RM35.

Tarikh tutup pendaftaran pertandingan sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-23 ialah pada 16 Oktober atau sehingga kuota penyertaan mencukupi.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dan syarat penyertaan dengan mengimbas kod QR pada poster tertera.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 017-695 2169 (Zarina), 011-2379 0463 (Johaari) atau 012-699 8785 (Fauzi).


Pengarang :