Umat Islam bersembahyang di Masjidil Haram semasa ziarah haji tahunan di Mekah, Arab Saudi pada 8 Ogos 2019. Foto REUTERS
AGENDANASIONAL

Bantuan kewangan haji bersasar diteruskan bagi jemaah B40, M40

SHAH ALAM, 2 OKT: Bantuan kewangan haji bersasar akan diteruskan tahun depan untuk jemaah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40), kata menteri hal ehwal agama.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan mekanisme tersebut paling berkesan bagi mengurangkan tanggungan yang perlu dibiayai Lembaga Tabung Haji (TH) setiap tahun, lapor Berita Harian.

Beliau berpendapat kaedah tersebut juga wajar bagi memastikan kelestarian TH terutama untuk melindungi kepentingan sembilan juta pendeposit membabitkan agihan keuntungan.

“Jika kita tidak laksanakan subsidi bersasar, ia akan menjejaskan agihan keuntungan yang munasabah kepada pendeposit. Jadi kita tidak boleh beri bantuan kewangan haji kepada semua,” katanya.

Tahun ini, TH memperuntuk RM265 juta bantuan kewangan haji yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40, manakala berpendapatan tinggi (T20) pula perlu membayar penuh kos haji RM30,850.

 


Pengarang :