Kontinjen Jabatan Agama Islam Selangor muncul naib juara Kejohanan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia bergambar bersama piala ketika meraikan kemenangan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah pada 4 Oktober 2023. Foto Facebook Jabatan Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

Kontinjen Selangor naib juara kejohanan sukan agensi agama seluruh negara

SHAH ALAM, 6 OKT: Kontinjen Agensi Agama Selangor muncul naib juara dalam Kejohanan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) di Sabah kelmarin.

Kontinjen Selangor meraih dua emas dan tiga perak bersaing hebat dengan tuan rumah, Sabah yang muncul juara dengan empat emas dan dua perak.

“Kontinjen Selangor berjaya meraih dua emas dan tiga perak dalam IJPAM 2023 dengan pingat emas berjaya diraih melalui acara Ping Pong dan Memanah (Lelaki).

“Manakala pingat perak bagi acara Bola Jaring, Memanah (Wanita) dan Badminton,” menurut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Facebook.

Selain Jais, kontinjen Selangor turut diwakili Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

Bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah, kejohanan sukan dwitahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian bendera kejohanan IJPAM bagi edisi 2025 kepada Johor.


Pengarang :