Sukarelawan MyCARE mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk Palestin di Beit Lahiya di Utara Gaza pada 16 Oktober 2023. Foto BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Konvoi bantuan babit 14 trak bawa alat perubatan, makanan tiba di Gaza

RAFAH, 23 OKT: Kumpulan kedua konvoi bantuan membabitkan 14 trak dengan muatan peralatan perubatan, makanan dan air masuk ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah pada malam Ahad.

Kumpulan pertama telah masuk ke Gaza pada Sabtu, menjadikan jumlah trak bantuan yang tiba di Gaza kepada 34 setakat ini, menurut Agensi Perita Palestin (WAFA).

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 4,651 rakyat Palestin termasuk 1,903 kanak-kanak dan 1,024 wanita terbunuh manakala 14,245 lagi cedera sejak pertempuran terkini meletus pada 7 Oktober.

– BERNAMA


Pengarang :