Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Ir Chemiri Tarman menyerahkan cek cura sumbangan RM156,000 untuk 52 sekolah yang digunakan pada PRN kepada Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd Alias Awang pada majlis serahan replika cek di Wisma MBSA pada 27 Oktober 2023. Foto NAS NORZIELA NASBAH
PBTSELANGOR

MBSA beri sumbangan RM156,000 kepada 52 sekolah terlibat PRN

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM 27 OKT: Sebanyak 52 sekolah yang digunakan pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM156,000.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi kenyataan memaklumkan inisiatif RM3,000 kepada setiap sekolah akan digunakan bagi menambah baik kemudahan asas.

“Sekolah yang terlibat adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Sungai Kandis, Kota Kemuning dan Batu Tiga.

“Dengan sumbangan ini, diharap dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan memanfaatkan kemudahan dan persekitaran lebih selesa serta kondusif,” katanya.

Majlis serahan cek cura disampaikan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam Ir Chemiri Tarman kepada Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd Alias Awang.


Pengarang :