Majlis Perbandaran Klang menjalankan operasi penguatkuasaan aduan pasar malam dan penjaja di Meru, Klang pada 15 Oktober 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang
PBTSELANGOR

MPK sita 12 gerai penjaja warga asing sekitar Klang

SHAH ALAM, 16 OKT: Sekurang-kurangnya 12 gerai warga asing disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam operasi berasingan di Pandamaran, Bukit Tinggi dan Meru semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, warga asing berkenaan didapati menjaja makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan rokok.

“Operasi di Pandamaran melibatkan tiga lokasi iaitu pasar pagi Jalan Selampit Taman Klang Jaya, pasar pagi Jalan Papan dan Jalan Tengku Kelana dengan dua perniagaan dijalankan warga asing disita.

“Tiga sitaan lagi di pasar malam Taman Klang Jaya, Bukit Tinggi manakala di Meru enam sitaan di pasar malam Jalan Teruntum dan Lorong Tingkat (satu sitaan),” katanya di Facebook.

Majlis Perbandaran Klang menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemantauan penjaja sekitarBukit Tinggi dan Pandamaran, Klang pada 15 Oktober 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

Agensi itu memaklumkan tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Penjaja (MPK) 2007.

Selain itu MPK turut mengeluarkan satu kompaun kepada penjaja tanpa lesen yang juga warga tempatan di pasar malam Jalan Teruntum, Meru.

“Tindakan amaran lisan kepada peniaga untuk membuat pembaharuan lesen dan perlu menjelaskan bayaran permit sebelum berakhir tahun ini turut dikeluarkan.

“Peniaga juga diberi amaran untuk tidak membuka gerai melebihi petak yang telah ditetapkan oleh pihak majlis,” katanya.

Majlis Perbandaran Klang menjalankan operasi penguatkuasaan dan pemantauan penjaja sekitarBukit Tinggi dan Pandamaran, Klang pada 15 Oktober 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang

Pengarang :