PBTSELANGOR

MPKS anjur kejohanan petanque remaja, tawar hadiah keseluruhan RM5,400

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 OKT: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menganjurkan pertandingan petanque remaja yang bakal berlangsung pada 11 November ini di Arena Petanque Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan Kejohanan Petanque Perseorangan Remaja Tertutup Selangor Piala Yang Dipertua MPKS itu menawarkan hadiah keseluruhan RM5,400.

“Kejohanan terbuka kepada peserta berumur 20 tahun ke bawah bertujuan mencungkil bakat baharu dengan penyertaan terhad kepada kepada 128 peserta lelaki dan 64 bagi kategori wanita.

“Johan setiap kategori akan membawa pulang hadiah tunai RM800, naib johan RM500 manakala tempat ketiga bersama RM300,” maklumnya di Facebook.

Selain itu, tempat kelima hingga kelapan masing-masing bakal membawa pulang RM100 manakala tempat ke-9 hingga 16 akan menerima RM50,” katanya.

Yuran penyertaan setiap peserta adalah sebanyak RM30 dan tarikh tutupnya pada 8 November ini. Pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Muaz di talian 013-3378163.


Pengarang :