Orang ramai yang hadir pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Padang Awam Batu Caves antara tiga lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 4 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Program diadakan di Padang Awam Batu Caves bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Gerai MBSA MPKK Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Seksyen 17 (Batu Tiga) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Banting (Banting).

Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :