Anggota Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) MPKL menjalani latihan amal dan simulasi bencana di pesisir lombong Kampung Olak Lempit, Kuala Langat pada 26 Oktober 2022. Foto MPKL
EXCOSELANGOR

PBT buat latihan banjir, elak panik depani situasi sebenar

SHAH ALAM, 6 OKT: Hampir semua pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menjalankan simulasi banjir berikutan fenomena peralihan Monsun Timur Laut.

EXCO kerajaan tempatan berkata latihan menyelamat itu sebagai persediaan selain bertujuan memastikan kakitangan tidak panik ketika berdepan situasi sebenar.

“Simulasi ini penting kerana jika bencana berlaku, mereka antara terawal turun ke lapangan bagi membantu mangsa. Skuad Pantas dan Unit Bencana Negeri juga bersiap siaga.

“Segala keperluan terutama aset dipastikan dalam keadaan baik dan boleh diguna,” kata Ng Suee Lim ketika mengulas perkara berkenaan hari ini.

Beliau menambah mana-mana PBT yang tidak terjejas banjir akan digerakkan ke kawasan bencana bagi membantu operasi menyelamat.

Kelmarin, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 10,000 pek bantuan asas disediakan bagi mendepani bah, sekali ganda daripada bilangan mangsa banjir pada bencana 2021.

Kerajaan Negeri turut meminta pasukan bomba, tentera serta Angkatan Pertahanan Awam menyediakan aset serta memastikannya dalam keadaan baik.

 


Pengarang :