Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Balairaya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Peluang dapatkan barangan asas murah di tujuh lokasi hari ini

SHAH ALAM, 28 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke empat cawangan pasar raya Segi Fresh hari ini.

Program jualan murah barangan dapur seperti ayam, ikan dan minyak masak dijadual berlangsung di cawangan Segi Fresh Saujana Utama, Bandar Tasik Puteri, Kuala Kubu Bharu dan Salak Tinggi.

“Bersama PKPS, kami bekerjasama dalam misi memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah ekoran kenaikan kos sara hidup.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti di Segi Fresh,” kata pasar raya itu di Facebook.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM7.49 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan) dan tepung gandum (RM1.99/pek).

Jualan murah sama turut dijadual berlangsung di tiga lagi lokasi iaitu di Dewan Seri Sekinchan (DUN Sekinchan), Padang Taman Kajang, Sungai Jelok (DUN Kajang) dan Taman Permainan Lorong Ciku(DUN Pandamaran) mulai 10 pagi.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga ,Shah Alam pada 20 Ogos 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan JER di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat sehingga kini.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :