AGENSISELANGOR

PKPS tawar delima gred A import dari Mesir, tiga biji RM10

SHAH ALAM, 29 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan buah delima gred A di semua rangkaian outlet Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan trak Jualan Ehsan Rahmah (JER) mulai hari ini.

Agensi pertanian negeri berkata buah yang diimport dari syarikat pembekal makanan dari Mesir dijual pada harga RM10 untuk tiga biji menerusi promosi sehingga Disember.

“Jom dapatkan buah delima gred A di empat outlet PKPS dan tiga lokasi trak JER. tiga biji RM10 sahaja,” tulisnya di Facebook.

Berikut lokasi jualan buah delima:

  • Outlet Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam
  • Outlet Wisma PKPS, Seksyen 9, Shah Alam
  • Outlet Ehsan PKPS, Meru
  • Kios Ehsan Selangor Fruit Valley
  • Tiga lori JER (tiga lokasi)
EXCO Industri Asas Tani Ir Izham Hashim (empat, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim (tiga,kiri) bergambar bersama selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Green For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 27 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Semalam, PKPS memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Greenery For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd (Greenery) dari Mesir bagi membuka pasaran import dan eksport makanan kering serta buah-buahan selain perkongsian teknologi pertanian.


Pengarang :