Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi (tiga,kiri) dan Pengarah Urusan Green For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd Elsayed Mohamed Abdelgawwad Elnaggar (dua,kanan) menunjukkan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai kedua-dua pihak disaksikan EXCO Industri Asas Tani Ir Izham Hashim (tiga,kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim (dua,kiri) di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 27 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Produk Ehsan keluaran PKPS bakal tembusi pasaran Timur Tengah

SHAH ALAM, 28 OKT: Produk jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bakal menembusi pasaran Timur Tengah, kata ketua pegawai eksekutif kumpulannya.

Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata perkembangan itu susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara agensi berkenaan dengan syarikat pembekal makanan dari Mesir.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi bercakap kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara PKPS dan Green For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 27 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Usahasama ini membuka pasaran import dan eksport antara kedua-dua negara dalam produk seperti makanan kering serta buah-buahan selain perkongsian teknologi pertanian dari Mesir.

“Untuk permulaan, kita akan mengeksport barangan seperti nanas MD2, nangka dan produk sedia dimakan. Kita sasar untuk bawa lima atau enam tan barangan seminggu,” katanya selepas majlis menandatangani MoU semalam.

Terdahulu, Mohamad Khairil mewakili PKPS manakala syarikat Greenery For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd (Greenery) diwakili Pengarah Urusannya Elsayed Mohamed Abdelgawwad Elnaggar.

Majlis yang diadakan di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di sini, disaksikan EXCO Industri Asas Tani Ir Izham Hashim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.

Penasihat Korporat Green For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd Heshameldin Fathi bercakap kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Green For Agricultural Manufacturing Sdn Bhd di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri, Shah Alam pada 27 Oktober 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Sementara itu, Penasihat Korporat Greenery Heshameldin Fathi berkata kerjasama dengan PKPS merupakan peluang keemasan kepada syarikatnya untuk menembusi pasaran Malaysia.

Menurutnya, pemilihan usahasama bersama Kerajaan Negeri dibuat berikutan Selangor dilihat sebagai negeri utama selain mewakili Malaysia dalam pelbagai hal penting.

“Malaysia adalah negara Islam progresif, dan ianya adalah amat penting sekali dalam menghasilkan produk makanan yang berkualiti. Kami juga menyokong hal keterjaminan makanan,” katanya.


Pengarang :