Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Salur RM563 juta baiki lebih 2,000 cerun berisiko runtuh seluruh negara

SHAH ALAM, 13 OKT: Sejumlah RM563 juta disediakan bagi proses pembaikan lebih 2,000 cerun berisiko tinggi di seluruh negara, kata perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kos termasuk program pemantauan, pencegahan, pelaporan dan amaran awal bertujuan mengekang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang kali pada hujung tahun lalu.

Pada 16 Disember, tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, Batang Kali musnah dan mengorbankan seramai 31 mangsa termasuk kanak-kanak.

Susulan kejadian berkenaan, Kerajaan Negeri mewajibkan semua pengusaha tapak perkhemahan berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjamin keselamatan pengunjung.


Pengarang :