Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penjawat awam pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya pada 29 November 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penjawat awam bakal terima bayaran insentif awal RM2,000 tahun depan

SHAH ALAM, 13 OKT: Semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak bakal menerima bayaran insentif awal RM2,000 pada hujung Februari tahun depan.

Perdana menteri berkata RM1,000 turut diberi kepada semua jawatan utama sektor awam melibatkan anggota polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata, anggota beruniform serta pesara kerajaan sama ada berpencen atau tidak.

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir ebruari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak, persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang Belanjawan 2024.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.

“Kenaikan ini membolehkan kadar bayaran faedah meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta. Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas,” katanya.

Anwar menjelaskan pihaknya sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada 2012.

“Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya.


Pengarang :