PBTSELANGOR

Saringan kesihatan percuma, jualan murah di Gombak hujung minggu ini

SHAH ALAM, 27 OKT: Orang ramai dijemput memeriahkan Hari Prihatin Rakyat yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik anjuran Pejabat Ahli Parlimen Gombak hujung minggu ini.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerusi Facebook memaklumkan program diadakan di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak mulai 10 pagi hingga 5 petang.

“Antara aktiviti yang diadakan ialah saringan kesihatan percuma dan Jualan Ehsan Rahmah, karnival kerjaya terbuka Perkeso dengan temu duga terbuka dari pelbagai majikan, edaran baucar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan pendaftaran air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE).

“Taklimat skim Perkeso untuk suri rumah serta pekerja gig, pemeriksaan jantung percuma oleh Poliklinik Gomez dan pendaftaran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) juga menanti pengunjung,” katanya.

Aktiviti lain seperti sukan, pertandingan mewarna kanak-kanak, kaunter pameran dan jualan asnaf.


Pengarang :